BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

demi MASA

Followers

Thursday 25 August 2011

kalau bisnes tak MENJADI


1.amalkan byk2 bersedekah.













2.  buat baik kepada ibu bapa



















                           3. amalkan solat dhuha, baca surah Al-Waqiah



4. beri makan dan jangan menyeksa haiwan




5.bayar zakat

TIPS elakkan STRES

1. Sembahyang jangan tinggal. dirikan solat 5 waktu n luahkan segalanya kepada Allah ketika berdoa. kepada Allah jua kita mengeluh,mengadu dan meminta.

2. Aktifkan hidup. orang yang malas dan x berbuat apa2 lagi stres dari org yg buat keja. orang yg cemerlang adalah orang yang sentiasa aktif dan tidak membuang masa. Demi masa

             
 3. minum air biasa sebanyak yang mungkin. lagi banyak minum air,lagi x stres. pasal apa???
pasal air memang diperlukan oleh tubuh dan amalkan pernafasan iaitu tarik nafas dalam-dalam,simpan di
dada kira2 7 saat,kemudian lepaskan. buat tiga kali berturut-turut..

jgn lupa diamalkan ketiga2 langkah ney,insyaAllah kita dpt menjadi insan yg cemerlang dan terbilang.






kembali ke titik MULA (26 August 2011)

1...DUA....3...lari...selalunya manusia berlari utk menang,tapi kali ney,aku berlari secara mengundur setelah aku berjaya sampai ke suku jalan..aku meninggalkan page lama ak Agogo Shop yg  hanya berkonsepkan perniagaan tanpa ada unsur luahan peribadi..n antara sebab aku membuka lembaran baru adlh disebabkan aku terlupa password blog itu..anyway. diz is my new blog.

    FITRAH..aku memilih nma itu sempena saat aku mengingati adik aku yg ketiga yg telah meninggal dunia setelah berusia tujuh bulan..tahun ney genap 12 belas tahun pemergiannya. mungkin orang akan terkejut apabila mendengar hakikat ini,dan akn mengatakn mana mungkin bayi sekecil ini akn meninggal..helloooo!!!kan banyak kes skrg baby mati sebab tersedak susu or didera oleh pengasuh n bla3..tapi,adik ak u meninggal atas 1 sebab, penyakit Barah Otak. selepas dimasukkan ke ICU,masih segar diingatanku,kali terakhir aku melawat adik aku,aku lihat tubuh adik aku lebih segar drpd sebelumnya setelah beberapa hari di wad. kami sangka adik ada harapan untuk sembuh lantaran peningkatannya. terngiang-ngiang di telingaku kata2 ma ku,"kakngah, adik mesti dh nk ok kan,ma nmpak badan dia dah kembali merah(segar) sbb nurse bagi susu ma tadi


." Selang beberapa jam selepas itu,aku ditelefon oleh abahku ketika aku dan adik beradikku telah dihantar pulang ke rumah dan mengatakan adik telah tiada. ketika itu,aku berfikir,Ya Allah,dugaan apakah yg kau berikan kepada kami sekeluarga. adikku masih kecil. selepas menerima perkhabaran itu,kami adik beradik pergi ke rumah jiran sambil menangis teresak-esak untuk menyampaikan berita itu. sekarang,aku sudah mampu berfikir akan hikmah yang Allah berikan. Pada bulan Januari tahun 2000,aku dikurniakan seorang adik perempuan sebagai pengganti Nur Fitrah. Kehadirannya mengurangkan kesedihan kami sekeluarga. selain itu,aku sedar sekiranya Fitrah lama dengan kami,mungkin kami lagi menderita ketika saat kehilangannya..sampai sekarang,aku masih tidak dpt menahan air mata drpd tumpah ketika terkenangkannya. sempena menjelang hari raya aidilfitri ini, tidak sabar rasanya mahu menziarahi kubur si kecil itu.

 












Thanx kpd kwn2 yg sudi menelaah blog ini..

 ~~6.53 am,sejam selepas azan subuh berkumandang~~